Ceria Biz

 

Adakah anda sering melayari internet?
Telah banyak laman web yang anda saksikan?
Namun sehingga kini anda belum mempunyai laman web
Peribadi atau keluarga anda...

Adakah anda mempunyai perniagaan dan berhasrat untuk
Mempromosikan perniagaan anda?
Ambillah peluang mempromosikan perniagaan anda
Menggunakan kemudahan IT.

Adakah anda menerajui persatuan atau kelab?
Perkenalkanlah persatuan dan kelab anda kepada umum..

Adakah anda seorang guru sekolah dan bercadang menyalurkan
Maklumat tentang sekolah dan aktiviti yang dijalankan untuk semua?

Kami mempunyai cara yang akan dapat membantu anda walau dimana anda berada,
Sila hubungi kami...


BERITA BAIK BUAT ANDA!
Kami menawarkan perkhidmatan membina laman web sekolah, perniagaan, peribadi, keluarga, persatuan, kelab dan sebagainya dengan kadar harga yang anda mampu (SERENDAH RM 500.00 SAHAJA*) Termasuk Domain Name dan Web Hosting. Anda boleh melanggan perkhidmatan kami walau dimana anda berada

Kami menyediakan perkhidmatan membina laman web Peribadi, Keluarga, Sekolah, Persatuan & Kelab, Perniagaan serta berbagai lagi dengan kadar harga yang anda mampu. Lihatlah Pakej harga kami:

RM 600.00 untuk satu laman penuh mengandungi maksima 10 muka atau kurang.
RM 25.00 setiap muka untuk sepuluh muka kedua.
RM 10.00 Setiap muka untuk muka berikutnya.

Contoh 1: Jika anda memerlukan 7 muka untuk laman anda, Bayaran adalah
RM 600.00

Contoh 2: Jika anda memerlukan 25 muka untuk laman anda, Bayaran adalah
RM 600.00 +
RM 25.00 X 10 muka = RM 250.00 +
RM 10.00 X 5 muka = RM 50.00
=RM 900.00

  • Harga diatas adalah untuk membina laman web termasuk proses up load ke server.

  • Untuk proses update RM 5.00 dikenakan untuk setiap muka dan RM 1.00 untuk setiap gambar.

  • Tambahan muka adalah mengikut harga pakej.

  • Harga penukaran tema adalah RM20 untuk free theme dan RM150.00 hingga RM300 Untuk Custom theme

PROSES

  • Jika telah dipersetujui antara pihak kami dan pelanggan, kami akan meminta pelanggan mengirimkan beberapa keping gambar dan sebahagian isi laman web kepada kami melalui email dalam format txt atau doc.

  • Kami akan membina satu muka laman web dan akan kami upload ke server sementara untuk pemerhatian pelanggan.

  • Pelanggan boleh komen dan beri pendapat tentang rekabentuk yang kami hasilkan dan meneruskan proses menghantar bahan-bahan untuk dimuatkan dalam laman web.

  • Setelah rekabentuk dipersetujui, pelanggan dikehendaki membayar deposit sebanyak 50% dengan cara bank in atau pemindahan wang.

  • Kami akan membina laman web untuk pelanggan dan upload ke server.

  • Pelanggan dibenar untuk meminta menukar atau mengubah ayat dalam laman web yang sedang dalam pembinaan.

  • Laman web akan disiapkan dalam jangkamasa minima tiga minggu (bergantung kepada berapa muka (page) yang dikehendaki)

  • Setelah siap pembinaan laman web, pelanggan harus membayar baki keseluruhan kos pembinaan laman web.

  • Kami berhak untuk memadam atau membatalkan sebahagian laman jika pelanggan tidak menjelaskan bayaran sebagaimana yang dipersetujui